Monday, February 4, 2013

Majlis Perkahwinan Wawa & Suami di Felda Tenggaroh 4 02.02.2013


Majlis Perkahwinan Wawa & Suami 
di Felda Tenggaroh 4 
pada 
02.02.2013

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA PENGANTIN DAN KELUARGA....

SEMOGA BERKEKALAN KE AKHIR HAYAT....AMIN


Tips Perniagaan Nabi s.a.w.


Berikut ini petikan dari artikel oleh En Zahid Isa
As Salam semua
Kali ini saya nak berkongsi tentang teknik pemasaran yang dilakukan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Saya buat kesimpulan melalui beberapa kitab sirah yang membicarakan sejarah nabi secara menyeluruh… apa yang saya ulas kembali adalah perkara berkaitan perniagaan Rasulullah S.A.W untuk tatapan & manafaat kita semua..
Konsep Pemasaran 4P digunapakai oleh nabi dalam perniagaan baginda.
1- Produk (Produk)
Rasulullah S.A.W memasarkan barang dagangan atau produk yang menepati citarasa pengguna di kalangan masyarakat Arab. Baginda turut mengutamakan kualiti produk sepertimana Allah berfirman yang bermaksud :
“Wahai manusia! Makanlah apa yang baik & dihalalkan di dunia & janganlah kamu mengikuti langkah syaitan” (Al-Baqarah: 168)
2- Promosi (Promotion)
Promosi adalah aspek penting dalam sesebuah perniagaan. Tanpa promosi yang betul akan mengundang kegagalan yang memeritkan. Walau Rasulullah S.A.W menyedari betapa pentingnya promosi dalam melakukan perniagaan, baginda tidak pernah melebihkan produk dengan maksud ingin memikat pembeli. Promosi merupakan komunikasi dua hala yang penting antara penjual & pembeli. Baginda tegas mengatakan bahawa seorang peniaga yang baik perlu menjauhi diri drpd sumpah/janji yang berlebihan dan melampaui batas. Daripada Abu Hurairah R.A Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sumpah atau janji yang diucapkan untuk melariskan perniagaan dapat merosakkan keuntungan” (Direkodkan oleh Muslim)
Seterusnya dlm satu hadith baginda bersabda :
” Yang dinamakan jualan palsu adalah usaha utk melariskan barang dagangannya, lagi berusaha dgn cara yang tercela” (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

3- Penetapan Harga (Pricing)

Harga sesuatu barang dagangan/jualan amatlah penting. Dalam proses penetapan harga, Rasulullah S.A.W mengamalkan konsep tertentu yang dapat difahami dalam hadith di bawah daripada Abdullah bin Umar :
“Janganlah kamu menyaingi (secara tidak sihat) penjualan saudaramu sendiri”
(Direkodkan oleh Bukhari & Muslim)
Jika diteliti dalam hadith di atas, persaingan yang tidak sihat seperti perang harga yang melampau adalah dilarang. Namun baginda amat mengesyorkan persaingan yang sihat dgn menekankan kpd kualiti produk & memberi nilai hebat kpd pelangan dr produk yang dipasarkan…

4- Pemilihan Lokasi (Place)
Semua peniaga telah maklum tentang betapa pentingnya lokasi/pemilihan tempat dalam perniagaan. Di zaman Rasulullah lebih 1400 tahun dahulu, faktor pemilihan tempat amatlah ditekankan oleh baginda. Pasar-pasar di sekitar Makkah menjadi tumpuan baginda kerana di situlah pedagang-pedagang luar berkumpul dan mengedarkan barangan yang dibawa.
Baginda telah berusaha menempatkan dirinya di kalangan peniaga di sekitar Makkah terutamanya di pasar-pasar besar yang menjadi tumpuan sejak dari kecil lagi. Di sanalah juga Rasulullah S.A.W menjalinkan jaringan sebanyak mungkin dgn para pedagang tempatan & luar Makkah. Di samping itu baginda mementingkan hubungan yang baik dengan semua pelangannya.
Baginda telah melarang beberapa strategi yang tidak adil contohnya strategi yang boleh membebankan petani-petani di kampung dan juga bakal pelangan. Ini dapat difahami dgn lebih jelas dalam hadith baginda S.A.W daripada Jabir :
” Tidaklah dibolehkan penduduk kota menjadi perantara niaga bagi orang di desa. Biarkanlah orang memperoleh rezeki Allah satu daripada yang lain.”
(Direkodkan oleh Muslim).
Dapat difahami secra umumnya, semua strategi yang mengundang kepada ketidakadilan dan kezaliman kepada mana-mana pihak adalah dilarang menurut Rasulullah S.A.W dan wajib dielakkan diamal oleh para peniaga. Etika & amanah serta jujur dalam berniaga amat penting demi mendapatkan rezeki yang Halalan Toyyiban!
Terdapat 2 lagi P yang nak saya kongsikan di masa akan datang… rajin-rajinlah datang berkunjung utk mengikutinya…
Tips Pemasaran Kaedah Rasulullah di atas amatlah sesuai dilaksanakan dalam Internet Business ataupun Offline Bisness .. Gunakan kreativiti masing-masing dalam memproses maklumat di atas utk di applykan dalam bisnes online/offline…
Kongsi-kongsikan info di atas & selamat beramal…
Sila sumbangkan info berkaitan demi kepentingan bersama…
Wallaahu’alam.

Monday, January 14, 2013

Tempahan untuk 2013

Tempahan untuk 2013

Sila membuat tempahan sekurang-kurangnya 3-4 bulan sebelum majlis.



Tempahan untuk sebarang majlis tahun 2013 masih di TERIMA buatlah tempahan masak anda sekarang dengan 
MASTERCHEF Minzai Catering :) 


Pakar Dalam Masakan Pelbagai Majlis Keraian 
NASI KUKUS (Putih, Minyak, Baryani, jagung DLL)
Hubungi SEKARANG 019-7098762/014-8658500

Terima Kasih Allah


Aneka Nasi & Lauk Pauk untuk Pelbagai Majlis


Pakar Dalam Masakan Pelbagai Majlis Keraian 


NASI KUKUS (Putih, Minyak, Baryani, jagung DLL)

Hubungi SEKARANG 019-7098762/014-8658500


FB: Minzaicateirng












Jangan Malu Jangan Segan, HUBUNGI kami SEKARANG untuk mengetahui / pertanyaan dengan lebih lanjut. :)



SEDIA MENERIMA TEMPAHAN UNTUK:

· Majlis Perkahwinan

· Majlis Pertunangan

· Majlis Berkhatan

· Majlis Cukur Rambut

· Majlis Aqiqah

· Pelbagai Majlis, dll


* Keistimewaan kami adalah menyediakan NASI KUKUS SAHAJA

* Upah untuk memasak turut kami sediakan.

* Harga yang sangat berpatutan




Hubungi kami 019-709 8762/014-865 8500

Like di Facebook Kami: Minzaicatering


Pasti Sedap, Pasti Diingati
Keistimewaan Nasi Kukus




Nasi yang dimasak cara biasa selalunya melekit tetapi nasi kukus nyata berbeza. Kelainan terletak pada butir nasi yang lebih peroi. Ia juga tidak mengeras biar pun dipanas untuk tempoh yang lama. Ini menjadikan nasi kukus paling sesuai dimakan bersama lauk berkuah atau dibuat nasi goreng-UtusanMalaysia